Khamis, 15 Julai 2010

Sabtu & Bag Plastik di Selangor

HARI TANPA BEG PLASTIK

Keterangan : Mulai Januari 2010, Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" setiap hari Sabtu bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Sesiapa yang masih ingin memohon beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen sehelai.
--www.selangor.gov.my


Herm..Walaupon isu ni da lapuk. Tapi baru hari ni rasa tergerak hati nak share berkenaan isu Hari Sabtu dan Bag Plastik di Selangor. Aku tak menyebelahi sesiapa. Ni pandangan peribadi aku sebagai pengguna.

Sabtu ak kerja half day. Jadi pas hbs kerja, ak menyinggah jap kat Tesco. Pelik juga bila Tesco nya lengang dari biasa. Beza betul kalo pegi masa hari ahad. Orang ramai betul.

Memula ak rasa mcm xreleven. Tak kan la xbleh bg plastik walaupon barang banyk. Kedai suka la sbb dapat untung lebih. Free-free je dapat 20sen dari customer.

Tapi bila da mkin lama. Makin da biasa. Aku rasa ni la salah satu cara nk mendidik pengguna Malaysia untuk lebih menghargai plastik. Menghargai alam sekitar. Xde la buang bag plastik merata-rata. Sbb masing-masing tau plastik dah ada harga sendiri sekarang.Itu la pandangan aku.

Orang pon da makin bijak sekarang. Nak membeli barang pon, akan bawa plastik sendiri. Tak pon, dorang akan tangguh untuk membeli ke hari lain. Masing-masing menggunakan hak masing-masing. (sabtu sahaja )

Selain tu, mcm tesco. Dia akan bagi extra point kepada penguna kad dia. (Ala..skali dengan kad rhb tu).

Semuanya ada pro and cons sendiri..

P/s: aku tetap mengelak membeli barang pada hari Sabtu kecuali bila emergency. perasaan leceh tu tetap ada =)


2 comments:

drMyrisstyca berkata...

Assalamualaikum wbt...

Kalau di Pulau pinang, lagi banyak hari... Isnin sampai rabu. Tapi baguslah, ramai yang dah mula bawak beg sendiri. Kalau kat luar negara macam di Ireland pun, memang tiap-tiap hari. Semoga satu hari nanti bila rakyat dah terdidik, kita boleh kurangkan penggunaan beg plastik ni.

lehfopingu berkata...

Walaikumsalam wbt..

Terima ksih memberi komen..

Penang pon ada hari tanpa plastik? baru tau..Tq 4 info..

Semoga masyarakat kita mkin terdidik dan menghargai bag plstik =)

Related Posts with Thumbnails