Isnin, 20 Jun 2011

Khas Untuk Si Dia







Will update soon =) wait yaaa..
Read more...

Hari Ini dalam sejarah

Saje nak mengupdate rasa hati ini dlm blog. Keserabutan yang sukar digambarkan dgn kata2. Jadi, Baiklah kalo aku taipkan sahaja keserabutan ini =)

Masa drive nak pergi kerja pagi ini, tiba-tiba aku teringat pesan Pak Ngah aku. "Kerja untuk pengalaman, gaji hanya sampingan". Ada betulnya juga. Walaupon pada mulanya aku menyangkal teori Pak Ngah. "Kerja tak bergaji pon susah gak". Tapi akhirnya, pagi ini aku akhirnya bersetuju dengan Pak Ngah. Ini la ungakapan sesuai untuk memotivate kan aku yang cenderung ke arah negative sekarang.

Hari yang kurang memeningkan juga untuk aku hari ini. Hari ini, 1st time ever aku berjaya tangkap mengenai Oracle Report 4. Haaa..bangga juga. Data model ni la trauma aku dari zaman intern dulu. Kira skrang boleh faham trick2 Oracle report ini, kurangla tensen sikit..



Maybe dalam masa terdekat ini, bos akan bagi projek baru. Kene guna Cold Fusion and Oracle. Entah apa la ada dgn Cold Fusion ini. Ofis aku, majoriti projek mest ada terselit CF ini. benda baru juga nak kene catch up ni. Ada apa dengan CF ini sebenarnya?? Ada bleh explain ke? (jika nak dibandingkan antara Java, Ruby dll)


Setelah habis sesi penilaian kerja 2 minggu lalu, aku rasa lega sikit. Bukan apa, at least aku dah berterus terang dgn bos aku. Dan mungkin high expectation yg dia letak kat aku sudah berkurangan. Aku biasa2 je. corak pemikiran aku juga biasa. Aku org biasa yg bertuah terselit dlm golongan yg luar biasa.haaa..Itu la yg realitinya.. (phm ke ayat aku ner??hehe)..Ohh.3 tahun. mampukah aku bertahan di sini??

Selamat maju jaya untuk aku dan semua..
Read more...

Ahad, 19 Jun 2011

Bertunang

Dah lama betul aku tak meng'update' blog ni. Aishhhh.kepala semak dengan memikirkan banyak perkara. Kerja, relationship dgn si dia, family, self improvement. Semuanya berlegar dalam kepala otak aku..Honestly speaking, I really need sumbody to lay on..Tolonggg laaa..

Bertunang


Berbalik kepada tajuk post, Ak telah selamat dirisik dan bertunang pada 11 Jun 2011. Tiada apa yg special pada tarikh ini.Cuma family aku dan si dia berkelapangan untuk bersemuka untuk membincangkan mengenai arah perhubungan kami. Untuk memudahkan segalanya, mak aku meminta si dia bawa cincin sekali masa dtg rumah. kira merisik n bertunang terus memandangkan family si dia dari Kuala Terengganu, Terengganu. Jauh untuk datang ke rumah aku di Kuaala Kubu Bharu ini berulang2 kali.

Kuala Terengganu


Kuala Kubu Bharu


Kerja ak skrang??? Honestly juga. Aku tak gumbira dgn career aku skrang. Semua memeningkan pale aku. Macam mana aku nk teruskan kerja aku yg berkontrak 3 tahun ini. Aishh.. Entahle.. Si dia? Hurm..time ada, ada la.. Aku sdar. Dia pon nak membina career sendiri. Sedang naek orang kata. Sama2 masih baru dalam dunia yg dipanggil pekerjaan. Cuma dia lebih hebat dan tekanan kerja lebih tinggi dari aku..

Berbalik kepada tajuk post, lepas berbincang2 secara tak rasmi antara mak aku dan si dia, mereka bersetuju nak melangsungkan majlis raya cina 2012. Tapi dari hari ini, tak start lagi persiapan ke arah itu. Surat tok kadi, financial si dia..semua tak siap lagi la.. Merungsingkan aku pula. tak de sapa ke ingat pasal ini. Ke aku sorang je yg excited. Aku faham, family n si dia busy. Takde la nak tnya banyak2. Just terima aja.. Lagi pon, ake bersetuju untuk membuat majlis sesimple yg mungkin untuk menjimatkan cost dan menjamin kebahagian kami lepas berkahwin nanti.


Untuk si dia, kalo baca post ini. Jangan marah yee.. Papepon terharu sgt sbb sanggup membawa family dtg sini. Dgn semua perbelanjaan ditanggung sendiri. Bukan senang b nak dtg sini bawa family. Siap bawa my favouriteeee kepok lekor Terengganu lagi. Thank you b..
Read more...
Related Posts with Thumbnails