Isnin, 9 Ogos 2010

Loan Bank


Macam ni la tahap keserabutan aku.


Aku in progress beli rumah. Aku memang bercita-cita untuk ada rumah sendiri. Nak buat aset. Bagi aku, masa muda la perlu kumpul aset banyak-banyak.

Sebab nak tambah info berkenaan rumah, aku melawat ekspo perumahan di Midvalley. Rumah memang mahal-mahal. Kebanyakannnya berharga 250k ke atas. Sampi ke juta pun ada. Salesmen?? Tak payah cite la. Budak-budak hingusan macam aku ni tak dilayan la. Pandang sebelah mata je. Dah diri betul-betul depan mata pun, buat-buat tak nampak. Apa kes?? Tunggula aku tua sikit. Poket pon kembung. Aku balas balik.. =)

Nak dijadikan cerita, sekitar kawasan pekan aku ni, ada kawasan perumahan baru. Harga pon ok la. Rumah dah siap dah. Tinggal nak tunggu CF aja hujung tahun 2010. Ibu bapa aku galakkan aku beli rumah kat situ.

Harga Rumah: 179 800
Market Value: 170 000
Loan Bank + Lawyer Fees + Insurans: 153 000
Balance: 26 800


Rumahku syurga ku??

Aku terkejut juga market value lagi murah dari harga rumah. Mungkin sebab rumah ni dah siap 99%. Tunggu CF aja. Sebab tu developer letakkan harga tinggi. Selain tu, perumahan baru, memang Market Value nya rendah.

Sebelum ni, pihak bank bagi tau. Market Value rumah tu ialah 150 000. Padahal harga rumah 179 800. Pihak bank kata, akan cuba naikkan lagi harga Market Value rumah tu. Pihak bank akan berunding dengan penilai. Jika Market Value berjaya dinaikkan, aku perlu bayar RM650 kepada pihak bank. Duit lagi. Aduyaaiiiiii....

Yang serabutnya, aku perlu sediakan 26 800 bila dah sign agreement. Tak termasuk Lawyer Fees + Insurans lagi. Aku harapkan loan aku yang aku dapat lagi tinggi.

Aku ingat boleh dapat loan tinggi jika buat pinjaman rumah bersama. Tapi sama aja. Masa booking rumah, salesman kata buat atas nama bersama mungkin pihak bank akan bagi loan lagi tinggi. Tapi ini, sama aja. Baik tak payah penama bersama. Aku serabutttttttttt.....

Aku kerja di area2 pinggir KL. Bank yang dicadangkan pula kat area2 rumah aku. Jauh dari ofis. Penama lagi 1 pon kerja KL. Nak pergi ke bank tersebut agak payah sikit.

Susah betul kerja swasta ni. Banyak betul halangannya. Kenapa bank ada double standard antara swasta dan goverment servent? Aku tensen betullah. Patut ke aku pergi ke bank lain?

YA Alllah..mudahkan la urusanku

All about the money

0 comments:

Related Posts with Thumbnails