Jumaat, 17 Disember 2010

life must go on

Plain post..(post tanpa gambar)

Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog aku. Kalau la blog ni umpama rumah, dah bersemak samun dan bersawang blog aku.

Agak lama aku menyepi. Mencari pembaharuan dalam diri. Alhamdulillah, sekarang aku makin kenal potensi dalam diri yang xberapa senang nak dicungkil ini.

Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang- family, si dia, majikan, kucing kesayangan, rakan2 seangkatan yang sentiasa membantu n kereta yang comel.

Aku masih lagi cuba mempraktikkan teknik2 menyimpan duit dan merangka perbelanjaan yang ksanah ajarkan (time aksih kak =) ) .Masih cuba menjadi +ve seperti kawan2 seangkatanku yang lain.

Dah semakin lama aku meningggalkan photoshop. Harap2 skill aku yg xseberapa ni, xkan pudar.

Ni list buku yang telah aku baca sepanjang training aku:-
1. how to make your own luck
2. becoming a high performance manager
3. leadership on the line
4. ??

Aku terasa arah haluan aku masih panjang sekarang. Aku nk jadi sumbody.

Kepada si dia, terima kasih untuk segalanya. As human being, I need somebody to lay on. Terima kasih untuk segalanya. Sayang awak sgt2.. =)

P/s: Design terbaru akan diupload bersama post akan datang. Sila tungguuuu =)

Read more...

Rabu, 18 Ogos 2010

perasaan ku bersimpang siur

perasaan..perasaan..

kenapa la rasa macam ini..


single

lumrah kerja lagi penting dari segalanya..

aku da memang ditakdirkan macam ini aku rasa..

aku doakan dia akan lebih berjaya dan bahagia di luar sana..tanpa aku

amin

Read more...

Isnin, 16 Ogos 2010

showmewhatswrong

Pernah rakam desktop anda? Software ini tak perlu install..


Ini adalah salah satu software yang digunakan untuk merakamkan desktop. Software macam ini selalu digunakan untuk merakamkan tutorial daripada desktop. Lepas rakam, tunggu apa lagi, upload la dalam blog =)

Link nya di bawah:


showmewhatswrong.com


Cara penggunaan pon senang aja.
1. Isi 2 makluamat yang diperlukan (nama dan email). Email pastikan betul kerana rakaman video tersebut akan dihantar ke email tersebut.
2. Klik "Generate"
3. Page baru terpapar. Klik pada link yang tersedia.
4. Page baru terpapar. Klik pada "Start Recording".
5. Tekan "Stop" untuk berhenti merakam.
6. Siap. Check email anda.

P/s: Memang best dan simple. Aku dah try da =)


Link berkaintan: Rakam Desktop Anda


Read more...

Jumaat, 13 Ogos 2010

PC Fair KLCC 8 Ogos 2010

PC Fair KLCC baru je lepas ahad baru ini. Ini kali kedua aku pergi PC Fair KLCC. Masa 1st time pergi PC Fair KLCC tahun lepas, aku rasa taubat dah. Tak nak dah datang sini lagi kalu da tahun depan. Penat pusing. Tapi last2, tahun ini aku datang juga balik ke PC Fair KLCC. hehe..

map pc fair klcc
Map PC Fair KLCC



Tengok map PC Fair KLCC di atas. Kene masuk 5 dewan dulu, baru boleh jumpa pintu keluar. Setiap dewan bukannya kecik-kecik, tapi semuanya luas-luas. Dengan orang yang melaut ramainya lagi. Memang penat berjalan betul. Time ini la aku terfikir kalau eskelator yang bergerak ke depan ada, kan senang. Tak de la lenguh kaki aku nak berjalan dari setiap dewan.

pintu masuk pc fair klcc
Pintu Masuk PC Fair KLCC


Gambar ini di pintu masuk dalam pukul 10.55 pagi. PC Fair KLCC buka pada 11 pagi. PC Fair di tempat lain, aku tak pasti pula buka pukul berapa. Melaut orang tunggu kat depan pintu masuk. Tak sanggup rasanya aku nak tunggu depan pintu masuk. Baik duduk tunggu kat tempat lain dulu.

Gambar tak berapa jelas sebab guna kamera 2.0px(kamera handphone). Harap faham la ye.

P/s: 2 hari baru hilang lenguh kaki aku. Terbaekk =)

Read more...

Khamis, 12 Ogos 2010

selamat menyambut ramadhan 1431H

ramadan


Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam..


Semoga urusan kita akan sentiasa dipermudah dan ramadhan kali ini menjadi permulaan kepada perubahan baru untuk kita.

Amin..

Selamat mengumpul pahala =)

Read more...

Isnin, 9 Ogos 2010

Loan Bank


Macam ni la tahap keserabutan aku.


Aku in progress beli rumah. Aku memang bercita-cita untuk ada rumah sendiri. Nak buat aset. Bagi aku, masa muda la perlu kumpul aset banyak-banyak.

Sebab nak tambah info berkenaan rumah, aku melawat ekspo perumahan di Midvalley. Rumah memang mahal-mahal. Kebanyakannnya berharga 250k ke atas. Sampi ke juta pun ada. Salesmen?? Tak payah cite la. Budak-budak hingusan macam aku ni tak dilayan la. Pandang sebelah mata je. Dah diri betul-betul depan mata pun, buat-buat tak nampak. Apa kes?? Tunggula aku tua sikit. Poket pon kembung. Aku balas balik.. =)

Nak dijadikan cerita, sekitar kawasan pekan aku ni, ada kawasan perumahan baru. Harga pon ok la. Rumah dah siap dah. Tinggal nak tunggu CF aja hujung tahun 2010. Ibu bapa aku galakkan aku beli rumah kat situ.

Harga Rumah: 179 800
Market Value: 170 000
Loan Bank + Lawyer Fees + Insurans: 153 000
Balance: 26 800


Rumahku syurga ku??

Aku terkejut juga market value lagi murah dari harga rumah. Mungkin sebab rumah ni dah siap 99%. Tunggu CF aja. Sebab tu developer letakkan harga tinggi. Selain tu, perumahan baru, memang Market Value nya rendah.

Sebelum ni, pihak bank bagi tau. Market Value rumah tu ialah 150 000. Padahal harga rumah 179 800. Pihak bank kata, akan cuba naikkan lagi harga Market Value rumah tu. Pihak bank akan berunding dengan penilai. Jika Market Value berjaya dinaikkan, aku perlu bayar RM650 kepada pihak bank. Duit lagi. Aduyaaiiiiii....

Yang serabutnya, aku perlu sediakan 26 800 bila dah sign agreement. Tak termasuk Lawyer Fees + Insurans lagi. Aku harapkan loan aku yang aku dapat lagi tinggi.

Aku ingat boleh dapat loan tinggi jika buat pinjaman rumah bersama. Tapi sama aja. Masa booking rumah, salesman kata buat atas nama bersama mungkin pihak bank akan bagi loan lagi tinggi. Tapi ini, sama aja. Baik tak payah penama bersama. Aku serabutttttttttt.....

Aku kerja di area2 pinggir KL. Bank yang dicadangkan pula kat area2 rumah aku. Jauh dari ofis. Penama lagi 1 pon kerja KL. Nak pergi ke bank tersebut agak payah sikit.

Susah betul kerja swasta ni. Banyak betul halangannya. Kenapa bank ada double standard antara swasta dan goverment servent? Aku tensen betullah. Patut ke aku pergi ke bank lain?

YA Alllah..mudahkan la urusanku

All about the money


Read more...

Khamis, 29 Julai 2010

Gambar

Semua gambar ini ada significant dengan aku..


Programmer malas cari kerja?




Spider pon nak bersara daripada buat jaring(sarang sebenar). Sekarang advance, nak buat jaring secara online pula.


Masing-masing sukar untuk difahami


Bagi aku rasa bank pon lebih kurang macam ni. Cuma caranya dikaburi.


Semua bos macam ni..

Gambar yang aku membuat aku fikir 2x.

Aku dan realiti


Read more...

Rabu, 28 Julai 2010

KTM: Pembukaan Laluan Batu Caves - Sentul

Akhirnya buka juga KTM di Batu Caves.

Tak silap aku, dari bulan Febuari 2010 lagi sudah tertampal iklan "Laluan Sentul-Batu Caves akan dibuka April ini" di stesen komuter . Biasala tu. Nama pon KTM kan. Kita berpuas hati aja la dengan apa yang tersedia.

Papepon tahniah kepada KTM di atas pembukaan stesen baru ini.

-----------------------------------

Laluan Sentul - Batu Caves


KTM sentul-batu caves


Ringkasan Jadual Waktu

Ringkasan Jadual Waktu sentul-batu caves


Kekerapan tren

Kekerapan tren sentul-batu caves


Sila beli tiket ke Sentul sahaja ye

Harga Tiket Hingga ke Sentul


Ini la yang paling best sekali:-

free sentul-batu caves


Tiket Free perjalanan Sentul - Batu Caves 29/07 - 4/08/2010

--sumber KTM official website

P/s: Harga tiket tak pula dinyatakan..KTM oo KTM =)


Read more...

Persoalan: USB untuk kereta

USB mp3 kereta

Kenalkan benda kat atas ni?
Alaa..USB untuk mp3 kereta yang kene cucuk kat tempat rokok tu.

Alkisah aku macam ini..

Kereta aku bukan la lama sangat pon. Kategori baru juga la. Tengah aku adjust2 USB tu. Aku berhentikan kereta. Bila aku start balik kereta, aircond da tak sejuk. Keluar angin je..Berpeluh-peluh la aku dalam kereta.

Bawa pegi cek kat mekanik, makenik bagitau aircond jam. RM500 melayang..adus2..

Persoalannya, aircond aku jam sebab USB tu ke? ada juga kawan kereta kawan aku yang bermasalah bila guna USB mp3 ni.

USB mp3 untuk kereta ni betul-betul bawa masalah ke? Ke perasaan aku je?

P/s: Buat konon-konon macam kereta sendiri aja. Aku tak mampu lagi nak beli kereta sendiri.. =)



Read more...

Selasa, 27 Julai 2010

Rakam desktop anda

video


Aku tercari-cari juga software ni. Aku perasan software ni selalu digunakan kat website tutorial photoshop. Akirnya aku jumpa juga.Hehe..

1st skali aku buat. Mestila aku berjaya merakam video blog sendiri.

lehfofarenhait.blogspot.com.

P/s: Aku suke =)

Read more...

Isnin, 26 Julai 2010

Berani ke tanya soalan ni?

Hahah..
Ada berani ke?
Kalau ada sesiapa yang da cakap dengan bos dia macam tu. Memang tabik spring2 habis la..


Bos bulan depan, cukup setahun saya keje kat syarikat ni. Boleh saya minta naik gaji?







P/s: Aku pon tak berani =)


Read more...

Benda-Benda Comel

Aku akan mencari benda-benda ini lepas gaji aku masyuk. Huhu..

Itu pon kalo time tu aku tak rasa membazir la.

1. USB Cup Warmer (RM18)


- USB Powered Hot Plate
- Temperature of hot drinks can be maintainted at 40 degrees after an hour
- Powered via USB from PC or Notebook
- Low voltage 5V
- No driver installation required

2. Gym in the pocket (Ladies RM70 / Men RM90)



For Ladies exercises purpose ( ORANG COLOUR )
Suitable for those who wish to exercise but don have the time for signing up for a gym.
This resistance band is come with 6 posters for exercise manual / guide
The posters will guide you exercise from
1. NECK
2. SHOULDER
3. HAND
4. WAIST
5. STOMACH
6. LEG

P/s: Sebut harga daripada mudah.com. Menarik perhatian betul =)

Read more...

Isu: Puisi Subsidi

subsidi

-----------
Puisi Subsidi

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
...kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...
tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..
tiada baju bergayati
ada kediaman menteri...
tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...
tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin

-----------
kredit abidec@syok.org

Menarik dan mendalam maksud puisi ini. Menurut pengirim, ini karya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kesahihannya, aku tak dapat pastikan.

Memang menarik untuk aku post dalam blog aku. Aku tidak membawa mana-mana fahaman politik. Hanya hak aku sebagai pengguna dan rakyat Malaysia.

Disebalik harga-harga barang yang semakin meloncat-loncat naik di Malaysia.

P/s: Tetap tidak puas hati dengan perbezaan harga dan kualiti kereta Malaysia di dalam dan di luar negara terutama Proton



Read more...

Ahad, 25 Julai 2010

Kepayahan Otak ku Bergerak

Hari ni baru kepala aku rasa ringan. 2-3 hari ni aku diserang migrain. Tak penah sakit kepala sebegini sebelum ni. Sampai nak tido pon tak boleh. Terasa macam otak aku kene picit@cekam dengan kuat sangat.

Aku terpaksa telefon mak aku kira-kira pada jam 1 pagi untuk dapatkan petua untuk meredakan sakit kepala ni. Sampaikan mak aku pula yang tak boleh tidor bila tau keadaan aku macam ni.hehe..Sori mak..

Masa menahan sakit kepala aku ni. Macam-macam dah yang terbayang dalam kepala otak ni. Aku kene guna-guna ke. Salah makan ke. Bila difikir-fikirkan, aku ni dikelilingi oleh masalah da..

Entah apa2 tah bila fikirkan. Makin serabut jadinya.

Majulah aku untuk diri aku, family dan dia


P/s: Akhirnya kekunoan aku terserlah


Read more...

Jumaat, 23 Julai 2010

Sai Baba

Aku baru tahu berkenaan Sai Baba hari ini.huhu..

Siapa Sai Baba?
Dia mempunyai ciri-ciri Dajal.

"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan"


Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,

Salah satu Ciri-Ciri Dajjal Menurut Rasullullah saw:-
- mengeluarkan tepung dari tangannya

-- entri penuh pasal Sai Baha

Aku search Youtube sebab nak cari tau pasal Sai Baba ni..

Aku suka ini:-


Sai Baba Tricks Completely Exposed



sai baba fraud, Sai Baba's magic trick


Dari video ni. Nampak betul tipunya gifted yang si Sai Baba ada ni.

Sai Baba ni ada NGO di Malaysia rupanya: Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia. Siap ada official link lagi.

Aish. Macam-macam.

P/s: Kelakar bila tengor vidoe ni.huhuu..Geli pon ada. Nampak benor menipunya. Panjang betul akal..



Read more...

Rabu, 21 Julai 2010

MDHS

Dalam minggu ini, aku ada membuat aduan ke Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menggunakan aplikasi e-aduan di laman web rasmi MDHS.

Kini anda boleh melayari internet secara percuma dengan perkhidmatan wifi di Medan Selera Bandar Utama Batang Kali dan Restoran Fazlina Maju di Kuala Kubu Bharu dan di sekitarnya. Perkhidmatan Wifi percuma ini adalah dari Kerajaan Negeri Selangor untuk kemudahan orang awam melayari internet.
-- Laman web rasmi MDHS || E-Aduan
Aduan aku berkenaan berkenaan beberapa perkara. Salah satu aduan aku berkaitan poster Projek Wireless City Selangor yang diletakkan terbiar diseberang jalan bertentangan dengan Kedai Stor Insaf. Poster tu dah berjurai menyapu jalan dah. Memang mencacatkan pandangan mata betul.

[Gambar Poster Projek Wireless City Selangor update later]

Rasanya ada 1 aja poster macam tu di pekan Kuala Kubu Bharu. Itu la Kuala Kubu Bharu. Pekan yang tenang @ slow and steady.

Ini email maklumbalas yang diterima daripada MDHS:-



Aku harap MDHS akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selari dengan pertambahan penduduk yang makin pesat di Kuala Kubu Bharu, banyak lagi perkhidmatan yang perlu diperbaiki dan ditambah khususnya di pekan Kuala Kubu Bharu.

Kuala Kubu Bharu sikit maju berbanding dulu.

Terlalu awal untuk ucapkan "Tahniah"

P/s: Kalau pegi Kuala Kubu, tulis nama atas batu =)

Read more...

Selasa, 20 Julai 2010

Joomla: Install Joomla

20 Julai 2010
Tarikh keramat bagi aku sebab berjaya meng'install' Joomla. Baru semalam ada kelapangan
nak mencuba Joomla ni dari mula. Mesti la bermula dari install. Pastu baru bleh guna.

Joomla adalah sejenis Content Management System (CMS). Yang penting Joomla ni free.

Aku penah guna Joomla sebelum ni. Tapi install xpenah lagi la. Jadi cara install tu aku xtau la kiranya ni. Aku follow instruction dari official website aja.

Senang je cara install Joomla rupanya. Tapi instruction di official website Joomla yang kelam kabut, buat aku serabut la juga.hehe

Tapi yang penting berjaya =)

Stright to the point la eh

---------------------------------------------------

Cara Install Joomla
1. Download file dari official website Joomla
Tak perlu memasukkan email. Lihat pada "English (UK) 1.5.20 Full Package" dan klik pada "zip".

2. Unzip file tersebut dan letakkan di dalam 1 folder. Namakan folder tersebut sebagai "admin"

3. Upload folder "admin" dalam server anda.

4. Buka url di mana folder "admin" disimpan
cth: www.abc.com/admin
5. Pilih bahasa. Pilih "English" dan klik "Next"

6. Pre-installation. Pastikan semua berwarna text berwarna hijau dan klik "Next"
(Lihat gambar di bawah)
Pre-installation
(abaikan warna merah pada "On" dalam gambar di atas)

7. License. Klik "Next"

8. Database. Isi seperti berikut:
Host Name: localhost
Username: *[masukkan username server anda]
Password: *[masukkan password server anda]
Database: *[masukkan nama database and]a.
Dinasihatkan create database baru untuk Joomla dan klik "Next"
(Lihat gambar di bawah)
Database



9. FTP Configuration. Isi semua maklumat berkaitan FTP anda. Pastikan FTP Host betul dan klik "Next"
(Lihat gambar di bawah)
FTP Configuration



10. Configuration. Isi maklumat email anda dan klik "Next"
(Lihat gambar di bawah)
Configuration


11. Finish. Delete folder "installation" di dalam folder "admin" tadi.
(Lihat gambar di bawah)
Delete folder installation



SIAP =)


Jika folder "installation" tidak di delete. Gambar seperti di bawah akan terpapar.

(Lihat gambar di bawah)
Jika folder installation tidak di delete


P/s: Tak rumit pon nak install. Tinggalkan komen kalau ada yang membaca =)



Read more...

Isnin, 19 Julai 2010

KTM: Komuter

Tup tap tup tap.. Da hampir setahun ak meninggalkan zaman komuter..

Ak training kat KLMU Jalan Raja Laut. Hostel yg disediakan kat Kepong Sentral. Jadi berulang la aku dari Kepong Sentral - Bank Negara tiap2 hari (office hour) ak naek komuter.

Tiap2 hari kene lalui benda ni hampir 2 bulan. Perghhh..Memang sakit ati xbleh cakap la.

Ak tgk laporan yg kuar kat Aduan Rakyat pasal komuter, berbeza sungguh dgn pe yg ak lalui dulu. Clear je suasana dlm komuter tu. Mungki sbb da lepas waktu org bersesak2 nk pegi keje ataupon mmg komuter btl2 da baiki mutu perkhidmatan atau menyembunyikan sesuatu? wallahuallam..

Skrang KTm da kenalkan "Coach Wanita". Bagus la.. Nak melindungi wanita2 Malaysia terutamanya dari mat2 hitam yg payah nak faham bahasa. Tak payah la susah payah nak berhimpit dengan lelaki terutamanya kat pintu masuk coach.

koc wanita


Pas godek2 kamera hp ak ni, terjumpa la pula gambar zaman2 komuter aku. Ni di KTM Bank Negara. (tarikh n masa gambar)

sesak KTM Komuter

sesak KTM Komuter


Sesaknya. Rimas
.

P/s: Bila masa menunggu komuter bleh jd secepat LRT? Aku ske aircond LRT. Sejukk..



Read more...

Jumaat, 16 Julai 2010

Malaysia: Penyelaras Harga Bahan Api dan Gula

Bagi ak kalo sekali dengar, mcm xde makna. Tapi rupa-rupanya, maksud "Penyelaras Harga Bahan Api dan Gula" ni ialah kenaikan harga la.

Berita (16 Julai 2010)
Berita Harian: Harga baru Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)
Harian Metro: Harga gula, petrol naik
Berita Harian: Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan



Sebabnya, subsidi ni xmemberi keuntungan sangat kpd rakyat sbb rakyat asing + orang kaya + industri yang lebih mendapt manfaat dari barang2 ni.

Kenaikan ni, aku terasa. Lagi2 pasal minyak.Nk guna pengangkutan awam, cth: komuter. Aku da guna dulu. Tp memang xtahan la. Letih menunggu n letih berebut.

Kesian kat golongan2 xberkemampuan. Yang mmg betul2 xmampu. Bukan yg pura-pura xmampu. Yang jauh diceruk2. Di kampung-kampung.

Tunggu & lihat

P/s: mak ak xbagi berblog pasal politik2. Takut kene tangkap n masuk tv katanya =)


Read more...

Khamis, 15 Julai 2010

Sabtu & Bag Plastik di Selangor

HARI TANPA BEG PLASTIK

Keterangan : Mulai Januari 2010, Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" setiap hari Sabtu bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Sesiapa yang masih ingin memohon beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen sehelai.
--www.selangor.gov.my


Herm..Walaupon isu ni da lapuk. Tapi baru hari ni rasa tergerak hati nak share berkenaan isu Hari Sabtu dan Bag Plastik di Selangor. Aku tak menyebelahi sesiapa. Ni pandangan peribadi aku sebagai pengguna.

Sabtu ak kerja half day. Jadi pas hbs kerja, ak menyinggah jap kat Tesco. Pelik juga bila Tesco nya lengang dari biasa. Beza betul kalo pegi masa hari ahad. Orang ramai betul.

Memula ak rasa mcm xreleven. Tak kan la xbleh bg plastik walaupon barang banyk. Kedai suka la sbb dapat untung lebih. Free-free je dapat 20sen dari customer.

Tapi bila da mkin lama. Makin da biasa. Aku rasa ni la salah satu cara nk mendidik pengguna Malaysia untuk lebih menghargai plastik. Menghargai alam sekitar. Xde la buang bag plastik merata-rata. Sbb masing-masing tau plastik dah ada harga sendiri sekarang.Itu la pandangan aku.

Orang pon da makin bijak sekarang. Nak membeli barang pon, akan bawa plastik sendiri. Tak pon, dorang akan tangguh untuk membeli ke hari lain. Masing-masing menggunakan hak masing-masing. (sabtu sahaja )

Selain tu, mcm tesco. Dia akan bagi extra point kepada penguna kad dia. (Ala..skali dengan kad rhb tu).

Semuanya ada pro and cons sendiri..

P/s: aku tetap mengelak membeli barang pada hari Sabtu kecuali bila emergency. perasaan leceh tu tetap ada =)



Read more...

Rabu, 14 Julai 2010

Software Web Development

Da lama aku xmengupdate posting kat blog lehfofarenhait tersayang ni. Xde benda menarik lain nk ak update dlm blog ak ni.

Hari ni ak rasa baik juga ak share pasal pengalaman ak serba sedikit.

Sofware ni amat2 penting untuk aku masa web development.
1. blueprint css (download)
2. notepad++ (download)
3. filezilla (download)
4. adobe photoshop CS3 / adobe illustrator CS3
5. xampp (download)
6. adobe dreamweaver
** untuk software adobe, korang download trial version kat website adobe dan cari crack tersebut kat mr.Google. harap maklum =)

Huraian langkah2:-
1. Memula taip coding kat notepad++. Bleh juga kalo nk guna adobe dreamweaver. tp ak xske sgt guna dreamverwer sbb lambat n leceh. Tapi kekadang ak guna juga adobe dreamweaver ni utk cek simple2 coding n bila mata ak da berpinar sbb tgk notepad++ lama2.
2. Test page kat browser kat localhost guna xampp.
3. Ulangi langkah 1 + 2, smpai la puas hati.
4. Upload ke server guna fillezilla. Adobe dreamweaver pon bleh. Tapi sgt2 lembab. Lagi2 kalo file tu bersaiz besar.

Design website:-
1. Design website layout guna adobe photoshop CS3 dan adobe illustrator CS3
2. Untuk meminimumkan masa, ak menggunakan grid css. Grid css yg ak guna ialah Blueprint css.

Siap!!
Gudluk utk diri ak..


p/s: cara cerita ni, nmpak Web Development ni senang je kan?


Read more...

Jumaat, 2 Julai 2010

Telur Puyoh Goreng






Comel je tempat menggoreng telur puyoh ni..

Tempat ni kat selayang mall. Gerai siam kat depan kfc. Simple je kedai dia.Tapi kretif..Tu la orang kata, kalo nk berniaga, sume benda bleh buat duit..

Nampak sedap kan..Tp jaga-jaga. Telur puyoh mempunyai nilai kolestrol tinggi


UPDATE: Gerai ni dah berpindah dari Selayang Mall. Tak tau pindah ke mana-mana. Kalau ada sesapa tau. Sila inform ye.

Read more...

Rabu, 30 Jun 2010

Hari ni: Aku setapak maju

Hahah..

Dengan harga tahunan xsampai RM150, akhirnya aku sekarang ada server dan domain sendiri..hahhahhaha..

Memang rasa bes dan bangga..berbunga-bunga hati aku rasa..

Aku meamang nk ada domain dan server sendiri. Asik buat utk syarikat je. Terima kasih kepada lehfo kerana memjadikan mimpi ini menjadi realiti.wahh.ayat.bunga2.hehe..

nama domain kene rahsiakan dulu. xbelh nak share lagi sbb aku nk bt sumting gempak kat sini..

Sebelum ni nk sewa domain dan server, aku rasa was2..sbb xyakin dengan servis dorang.. Tp yg ni, terbuka la pula hati ak..

Lagi pon, smpai bila kita nk tau kan, kalo ada perasaan takut utk mencuba..

TAHNIAH =)

.: setapak melangkah ke hadapan :.



Read more...

Selasa, 29 Jun 2010

Petua: Mask Telur



Mask Telur


Pesanan: Selalunya, aku buat mask telur ni sebelum tdo. Sebab sementara nk tunggu tisu ni kering. Aku tido. Bangun esok pagi baru aku cabut. Dan terhasil la gambar seperti di atas


Bahan-bahan
1. 1 biji telur (putih telur shj)
2. tisu (aku guna tisu dapur aja)

Penyediaan
1. pukul putih telur sampai berbuih.
(ala..mcm pukul telur nk masak telur dadar..)
2. potong tisu kepada 6 bahagian

Cara-cara
1. celupkan kertas tisu ke dalam telur yg telah dipukul tadi
2. lekatkan pada muka
3. ulangi langkah sehingga semua bahagian muka telah ditutupi tisu (masa ni pergerakan muka kita da terbatas. Nak bercakap pon payah. Nak ketawa apatah lagi )
4. biarkan tisu itu kering sendiri di muka.
(selalunya, lepas habis step ni, aku terus tido)
5. selepas tisu da kering, tarik tisu tersebut dengan cepat kononnya nak menarik bintik-bintuk halus yg masih tertinggal kat muka.

Kesan: Muka lagi licin. Bintik-bintik halus kat muka pon hilang.

Senang je kan.. Jom cuba..

** mesti korang tak sangkakan, aku pon ada petua kecantikan.huhu..


Read more...

Ahad, 27 Jun 2010

Grid Css: Blueprint Css



Sekrang css pon da ada framework. Xperlu lagi nk taip css sepatah2. Memang menjimat kan masa.

Walaupon org kata, grid akan menghadkan kretiviti individu, tp bagi aku framework utk css ni memang banyak membantu dari segi penjimatkan masa, browser compatible untuk browser2 utama seperti IE, mozilla, google crome dll. Jadi, xpyah risau la pasal alignment website kita utk setiap browser.

Rasanya dah ramai yg tau pasal css framework..Blueprint Css ialah framework css yg biasa ak guna. Framework css ni ada pelbagai jenis cth lain ialah http://960.gs/. Cuma ak lebih suka guna Blueprint Css

Try install dan guna.. Korang akan rasa sendiri kelebihannya..Utk Blueprint Css, ikut tutorial yg telah sedia ada kat website dia..

Mula ak xberapa faham psl Blueprint Css. Konsepnya, semua akan disusun mengikut grid. Blueprint Css menggunakan konsep 24 grid. Aku amik masa beberapa hari juga nk memahamkan konsep css grid ni..

Contoh website yg menggunakan Blueprint Css ni ialah
1. YouthSays.
2. tigerlab
Cool kan design dia =)

Cubalah..anda akan rasa sendiri
** credit to lehfo: TQ for introduce this knowledge to me =)


Read more...

Sabtu, 26 Jun 2010

Kalau la bintang boleh berkata-kata



Dulu masa zaman sekolah ak cita2 nk jd veterinar. Jadi bila tgk keadaan mcm ni. Ak rasa kesian..

Odw aku nk balik dari kerja tadi, ak terserempak dengan lori bawa lembu ni..

Kesian..da la lori sempit..xde bumbung.. Panas tengari lagi. Masa ni dlm pukul 2pm. Mmg panas. Duduk dalam keta yg beraircond ni pon da rasa bahang panas. Nikan lagi bila kat luar..Mata lembu ni redup je pndang aku..Arghh.memang kesian..

Xde ke sedikit belas ihsan tuan lembu ni...Kalo nk pindahkan lembu pon, tunggu la petang2 sikit, xpon tunggu pagi aja terus. Time teduh2 sikit..Time tengah2 panas terik ni juga dia nk pindah kan lembu ni..

Kalau la bintang boleh berkata-kata..


Read more...

Selasa, 22 Jun 2010

toy story @mid valley



kecomelan stage toy story ni bt ak terfikir nk upload dlm blog ak..mmg comel..

sangup parent budak2 ni que panjang sbb nk amik gmbar anak kesayangan masing2 dengan toy story ni..apa nk bt..sayang anak punya hal.. =)

.: memang comel :.
Read more...

Prince of Persia



Baru pas tgk cite ni kat mid 21/06/2010 hari tu..
kredit kat ain, wlupon bratur pkl 12 tp tetap dpt tiket pkl 2..
mmg cayalahh ain..
hebat..

Komen aku: Bes cita ni.. Macam dgr orang bercerita..cumanya, advance sbb ada gmbr..menarik la..efek pon bes..orang yg penat sangat2 je boleh tertido bila tgk cite ni =)
Read more...

Sabtu, 19 Jun 2010

Pecel Lele




Nmpak sedap x??Memang sedap..
berpeluh la bila mkn..
Ni makanan jawa..aku pon xfaham sgt pe motif name menu ni 'PECEL LELE'..lele = ikan
jd, kalo xmo mkn ikan..bleh la mkn 'PECEL AYAM'
RM3.50..murah n berbaloi kan..
Kedai tepi jalan je..dia area2 jln greenwood..
kak lina ofis aku yang bawa..
caya lahh klina =)
berdenyup-denyp bibir aku pas mkn..
perghh..
Read more...

1st Enty



ak da cleankan blog aku yg satu ni..
ini la 1st entri ak =)


Read more...
Related Posts with Thumbnails