Rabu, 18 Ogos 2010

perasaan ku bersimpang siur

perasaan..perasaan..

kenapa la rasa macam ini..


single

lumrah kerja lagi penting dari segalanya..

aku da memang ditakdirkan macam ini aku rasa..

aku doakan dia akan lebih berjaya dan bahagia di luar sana..tanpa aku

amin

Read more...

Isnin, 16 Ogos 2010

showmewhatswrong

Pernah rakam desktop anda? Software ini tak perlu install..


Ini adalah salah satu software yang digunakan untuk merakamkan desktop. Software macam ini selalu digunakan untuk merakamkan tutorial daripada desktop. Lepas rakam, tunggu apa lagi, upload la dalam blog =)

Link nya di bawah:


showmewhatswrong.com


Cara penggunaan pon senang aja.
1. Isi 2 makluamat yang diperlukan (nama dan email). Email pastikan betul kerana rakaman video tersebut akan dihantar ke email tersebut.
2. Klik "Generate"
3. Page baru terpapar. Klik pada link yang tersedia.
4. Page baru terpapar. Klik pada "Start Recording".
5. Tekan "Stop" untuk berhenti merakam.
6. Siap. Check email anda.

P/s: Memang best dan simple. Aku dah try da =)


Link berkaintan: Rakam Desktop Anda


Read more...

Jumaat, 13 Ogos 2010

PC Fair KLCC 8 Ogos 2010

PC Fair KLCC baru je lepas ahad baru ini. Ini kali kedua aku pergi PC Fair KLCC. Masa 1st time pergi PC Fair KLCC tahun lepas, aku rasa taubat dah. Tak nak dah datang sini lagi kalu da tahun depan. Penat pusing. Tapi last2, tahun ini aku datang juga balik ke PC Fair KLCC. hehe..

map pc fair klcc
Map PC Fair KLCC



Tengok map PC Fair KLCC di atas. Kene masuk 5 dewan dulu, baru boleh jumpa pintu keluar. Setiap dewan bukannya kecik-kecik, tapi semuanya luas-luas. Dengan orang yang melaut ramainya lagi. Memang penat berjalan betul. Time ini la aku terfikir kalau eskelator yang bergerak ke depan ada, kan senang. Tak de la lenguh kaki aku nak berjalan dari setiap dewan.

pintu masuk pc fair klcc
Pintu Masuk PC Fair KLCC


Gambar ini di pintu masuk dalam pukul 10.55 pagi. PC Fair KLCC buka pada 11 pagi. PC Fair di tempat lain, aku tak pasti pula buka pukul berapa. Melaut orang tunggu kat depan pintu masuk. Tak sanggup rasanya aku nak tunggu depan pintu masuk. Baik duduk tunggu kat tempat lain dulu.

Gambar tak berapa jelas sebab guna kamera 2.0px(kamera handphone). Harap faham la ye.

P/s: 2 hari baru hilang lenguh kaki aku. Terbaekk =)

Read more...

Khamis, 12 Ogos 2010

selamat menyambut ramadhan 1431H

ramadan


Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam..


Semoga urusan kita akan sentiasa dipermudah dan ramadhan kali ini menjadi permulaan kepada perubahan baru untuk kita.

Amin..

Selamat mengumpul pahala =)

Read more...

Isnin, 9 Ogos 2010

Loan Bank


Macam ni la tahap keserabutan aku.


Aku in progress beli rumah. Aku memang bercita-cita untuk ada rumah sendiri. Nak buat aset. Bagi aku, masa muda la perlu kumpul aset banyak-banyak.

Sebab nak tambah info berkenaan rumah, aku melawat ekspo perumahan di Midvalley. Rumah memang mahal-mahal. Kebanyakannnya berharga 250k ke atas. Sampi ke juta pun ada. Salesmen?? Tak payah cite la. Budak-budak hingusan macam aku ni tak dilayan la. Pandang sebelah mata je. Dah diri betul-betul depan mata pun, buat-buat tak nampak. Apa kes?? Tunggula aku tua sikit. Poket pon kembung. Aku balas balik.. =)

Nak dijadikan cerita, sekitar kawasan pekan aku ni, ada kawasan perumahan baru. Harga pon ok la. Rumah dah siap dah. Tinggal nak tunggu CF aja hujung tahun 2010. Ibu bapa aku galakkan aku beli rumah kat situ.

Harga Rumah: 179 800
Market Value: 170 000
Loan Bank + Lawyer Fees + Insurans: 153 000
Balance: 26 800


Rumahku syurga ku??

Aku terkejut juga market value lagi murah dari harga rumah. Mungkin sebab rumah ni dah siap 99%. Tunggu CF aja. Sebab tu developer letakkan harga tinggi. Selain tu, perumahan baru, memang Market Value nya rendah.

Sebelum ni, pihak bank bagi tau. Market Value rumah tu ialah 150 000. Padahal harga rumah 179 800. Pihak bank kata, akan cuba naikkan lagi harga Market Value rumah tu. Pihak bank akan berunding dengan penilai. Jika Market Value berjaya dinaikkan, aku perlu bayar RM650 kepada pihak bank. Duit lagi. Aduyaaiiiiii....

Yang serabutnya, aku perlu sediakan 26 800 bila dah sign agreement. Tak termasuk Lawyer Fees + Insurans lagi. Aku harapkan loan aku yang aku dapat lagi tinggi.

Aku ingat boleh dapat loan tinggi jika buat pinjaman rumah bersama. Tapi sama aja. Masa booking rumah, salesman kata buat atas nama bersama mungkin pihak bank akan bagi loan lagi tinggi. Tapi ini, sama aja. Baik tak payah penama bersama. Aku serabutttttttttt.....

Aku kerja di area2 pinggir KL. Bank yang dicadangkan pula kat area2 rumah aku. Jauh dari ofis. Penama lagi 1 pon kerja KL. Nak pergi ke bank tersebut agak payah sikit.

Susah betul kerja swasta ni. Banyak betul halangannya. Kenapa bank ada double standard antara swasta dan goverment servent? Aku tensen betullah. Patut ke aku pergi ke bank lain?

YA Alllah..mudahkan la urusanku

All about the money


Read more...
Related Posts with Thumbnails