Rabu, 21 Julai 2010

MDHS

Dalam minggu ini, aku ada membuat aduan ke Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menggunakan aplikasi e-aduan di laman web rasmi MDHS.

Kini anda boleh melayari internet secara percuma dengan perkhidmatan wifi di Medan Selera Bandar Utama Batang Kali dan Restoran Fazlina Maju di Kuala Kubu Bharu dan di sekitarnya. Perkhidmatan Wifi percuma ini adalah dari Kerajaan Negeri Selangor untuk kemudahan orang awam melayari internet.
-- Laman web rasmi MDHS || E-Aduan
Aduan aku berkenaan berkenaan beberapa perkara. Salah satu aduan aku berkaitan poster Projek Wireless City Selangor yang diletakkan terbiar diseberang jalan bertentangan dengan Kedai Stor Insaf. Poster tu dah berjurai menyapu jalan dah. Memang mencacatkan pandangan mata betul.

[Gambar Poster Projek Wireless City Selangor update later]

Rasanya ada 1 aja poster macam tu di pekan Kuala Kubu Bharu. Itu la Kuala Kubu Bharu. Pekan yang tenang @ slow and steady.

Ini email maklumbalas yang diterima daripada MDHS:-



Aku harap MDHS akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selari dengan pertambahan penduduk yang makin pesat di Kuala Kubu Bharu, banyak lagi perkhidmatan yang perlu diperbaiki dan ditambah khususnya di pekan Kuala Kubu Bharu.

Kuala Kubu Bharu sikit maju berbanding dulu.

Terlalu awal untuk ucapkan "Tahniah"

P/s: Kalau pegi Kuala Kubu, tulis nama atas batu =)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails