Isnin, 20 Jun 2011

Hari Ini dalam sejarah

Saje nak mengupdate rasa hati ini dlm blog. Keserabutan yang sukar digambarkan dgn kata2. Jadi, Baiklah kalo aku taipkan sahaja keserabutan ini =)

Masa drive nak pergi kerja pagi ini, tiba-tiba aku teringat pesan Pak Ngah aku. "Kerja untuk pengalaman, gaji hanya sampingan". Ada betulnya juga. Walaupon pada mulanya aku menyangkal teori Pak Ngah. "Kerja tak bergaji pon susah gak". Tapi akhirnya, pagi ini aku akhirnya bersetuju dengan Pak Ngah. Ini la ungakapan sesuai untuk memotivate kan aku yang cenderung ke arah negative sekarang.

Hari yang kurang memeningkan juga untuk aku hari ini. Hari ini, 1st time ever aku berjaya tangkap mengenai Oracle Report 4. Haaa..bangga juga. Data model ni la trauma aku dari zaman intern dulu. Kira skrang boleh faham trick2 Oracle report ini, kurangla tensen sikit..



Maybe dalam masa terdekat ini, bos akan bagi projek baru. Kene guna Cold Fusion and Oracle. Entah apa la ada dgn Cold Fusion ini. Ofis aku, majoriti projek mest ada terselit CF ini. benda baru juga nak kene catch up ni. Ada apa dengan CF ini sebenarnya?? Ada bleh explain ke? (jika nak dibandingkan antara Java, Ruby dll)


Setelah habis sesi penilaian kerja 2 minggu lalu, aku rasa lega sikit. Bukan apa, at least aku dah berterus terang dgn bos aku. Dan mungkin high expectation yg dia letak kat aku sudah berkurangan. Aku biasa2 je. corak pemikiran aku juga biasa. Aku org biasa yg bertuah terselit dlm golongan yg luar biasa.haaa..Itu la yg realitinya.. (phm ke ayat aku ner??hehe)..Ohh.3 tahun. mampukah aku bertahan di sini??

Selamat maju jaya untuk aku dan semua..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails