Selasa, 29 Jun 2010

Petua: Mask Telur



Mask Telur


Pesanan: Selalunya, aku buat mask telur ni sebelum tdo. Sebab sementara nk tunggu tisu ni kering. Aku tido. Bangun esok pagi baru aku cabut. Dan terhasil la gambar seperti di atas


Bahan-bahan
1. 1 biji telur (putih telur shj)
2. tisu (aku guna tisu dapur aja)

Penyediaan
1. pukul putih telur sampai berbuih.
(ala..mcm pukul telur nk masak telur dadar..)
2. potong tisu kepada 6 bahagian

Cara-cara
1. celupkan kertas tisu ke dalam telur yg telah dipukul tadi
2. lekatkan pada muka
3. ulangi langkah sehingga semua bahagian muka telah ditutupi tisu (masa ni pergerakan muka kita da terbatas. Nak bercakap pon payah. Nak ketawa apatah lagi )
4. biarkan tisu itu kering sendiri di muka.
(selalunya, lepas habis step ni, aku terus tido)
5. selepas tisu da kering, tarik tisu tersebut dengan cepat kononnya nak menarik bintik-bintuk halus yg masih tertinggal kat muka.

Kesan: Muka lagi licin. Bintik-bintik halus kat muka pon hilang.

Senang je kan.. Jom cuba..

** mesti korang tak sangkakan, aku pon ada petua kecantikan.huhu..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails