Memaparkan catatan dengan label humanation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label humanation. Papar semua catatan

Isnin, 26 Julai 2010

Isu: Puisi Subsidi

subsidi

-----------
Puisi Subsidi

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
...kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...
tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..
tiada baju bergayati
ada kediaman menteri...
tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...
tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin

-----------
kredit abidec@syok.org

Menarik dan mendalam maksud puisi ini. Menurut pengirim, ini karya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kesahihannya, aku tak dapat pastikan.

Memang menarik untuk aku post dalam blog aku. Aku tidak membawa mana-mana fahaman politik. Hanya hak aku sebagai pengguna dan rakyat Malaysia.

Disebalik harga-harga barang yang semakin meloncat-loncat naik di Malaysia.

P/s: Tetap tidak puas hati dengan perbezaan harga dan kualiti kereta Malaysia di dalam dan di luar negara terutama Proton



Read more...

Isnin, 19 Julai 2010

KTM: Komuter

Tup tap tup tap.. Da hampir setahun ak meninggalkan zaman komuter..

Ak training kat KLMU Jalan Raja Laut. Hostel yg disediakan kat Kepong Sentral. Jadi berulang la aku dari Kepong Sentral - Bank Negara tiap2 hari (office hour) ak naek komuter.

Tiap2 hari kene lalui benda ni hampir 2 bulan. Perghhh..Memang sakit ati xbleh cakap la.

Ak tgk laporan yg kuar kat Aduan Rakyat pasal komuter, berbeza sungguh dgn pe yg ak lalui dulu. Clear je suasana dlm komuter tu. Mungki sbb da lepas waktu org bersesak2 nk pegi keje ataupon mmg komuter btl2 da baiki mutu perkhidmatan atau menyembunyikan sesuatu? wallahuallam..

Skrang KTm da kenalkan "Coach Wanita". Bagus la.. Nak melindungi wanita2 Malaysia terutamanya dari mat2 hitam yg payah nak faham bahasa. Tak payah la susah payah nak berhimpit dengan lelaki terutamanya kat pintu masuk coach.

koc wanita


Pas godek2 kamera hp ak ni, terjumpa la pula gambar zaman2 komuter aku. Ni di KTM Bank Negara. (tarikh n masa gambar)

sesak KTM Komuter

sesak KTM Komuter


Sesaknya. Rimas
.

P/s: Bila masa menunggu komuter bleh jd secepat LRT? Aku ske aircond LRT. Sejukk..



Read more...

Jumaat, 16 Julai 2010

Malaysia: Penyelaras Harga Bahan Api dan Gula

Bagi ak kalo sekali dengar, mcm xde makna. Tapi rupa-rupanya, maksud "Penyelaras Harga Bahan Api dan Gula" ni ialah kenaikan harga la.

Berita (16 Julai 2010)
Berita Harian: Harga baru Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)
Harian Metro: Harga gula, petrol naik
Berita Harian: Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan



Sebabnya, subsidi ni xmemberi keuntungan sangat kpd rakyat sbb rakyat asing + orang kaya + industri yang lebih mendapt manfaat dari barang2 ni.

Kenaikan ni, aku terasa. Lagi2 pasal minyak.Nk guna pengangkutan awam, cth: komuter. Aku da guna dulu. Tp memang xtahan la. Letih menunggu n letih berebut.

Kesian kat golongan2 xberkemampuan. Yang mmg betul2 xmampu. Bukan yg pura-pura xmampu. Yang jauh diceruk2. Di kampung-kampung.

Tunggu & lihat

P/s: mak ak xbagi berblog pasal politik2. Takut kene tangkap n masuk tv katanya =)


Read more...

Sabtu, 26 Jun 2010

Kalau la bintang boleh berkata-kata



Dulu masa zaman sekolah ak cita2 nk jd veterinar. Jadi bila tgk keadaan mcm ni. Ak rasa kesian..

Odw aku nk balik dari kerja tadi, ak terserempak dengan lori bawa lembu ni..

Kesian..da la lori sempit..xde bumbung.. Panas tengari lagi. Masa ni dlm pukul 2pm. Mmg panas. Duduk dalam keta yg beraircond ni pon da rasa bahang panas. Nikan lagi bila kat luar..Mata lembu ni redup je pndang aku..Arghh.memang kesian..

Xde ke sedikit belas ihsan tuan lembu ni...Kalo nk pindahkan lembu pon, tunggu la petang2 sikit, xpon tunggu pagi aja terus. Time teduh2 sikit..Time tengah2 panas terik ni juga dia nk pindah kan lembu ni..

Kalau la bintang boleh berkata-kata..


Read more...
Related Posts with Thumbnails